825327269 1047278244980567 387192327559487577 n

AMPANG, Selangor | 26-27 September 2026 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah melaksanakan Kursus Barista kepada 10 usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor sebagai salah satu usaha memperkasakan kemahiran dan meningkatkan potensi peserta dalam bidang perniagaan makanan serta minuman bertempat di MyEsktrak Academy, Ampang.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas penyediaan kopi, pengendalian mesin espresso, teknik menghasilkan minuman berasaskan kopi serta kaedah penyediaan minuman secara selamat dan profesional. Peserta turut didedahkan kepada pengetahuan berkaitan pemilihan bahan mentah, kebersihan peralatan dan pengurusan ruang kerja.
Selain aspek teori, peserta berpeluang menjalani latihan praktikal secara langsung bagi meningkatkan kemahiran, keyakinan dan kecekapan dalam menyediakan pelbagai jenis minuman kopi. Pendekatan secara amali ini membolehkan peserta memahami dengan lebih jelas teknik yang dipelajari serta mengaplikasikannya dalam operasi perniagaan sebenar.
Kursus ini juga diharapkan dapat membantu usahawan Asnaf mengembangkan perniagaan sedia ada, meningkatkan kualiti produk serta membuka peluang untuk menceburi bidang perniagaan kafe, kiosk minuman atau perkhidmatan katering.
Melalui pelaksanaan kursus seperti ini, TERAS terus komited dalam menyediakan latihan berasaskan kemahiran kepada usahawan Asnaf bagi membantu meningkatkan keupayaan, membina keyakinan diri serta memperkukuh potensi mereka ke arah kehidupan yang lebih berdikari dan berdaya saing.
825353175 1047278111647247 1936164120382383315 n 1024x770
827982792 1047278141647244 3814424427117701869 n 1024x770
825327593 1047278424980549 7508252421426023853 n 1024x770
825353289 1047278294980562 6689411860498190678 n 1024x770

Comments are disabled.