903360903 1090015954040129 8893914826060215315 n

MANJUNG, 11 NOVEMBER 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Tuan Syahrul Hisyam bin Abdul Karim, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Manjung bagi memperkenalkan organisasi serta memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak.
Dalam pertemuan tersebut, TERAS berkongsi latar belakang organisasi, peranan serta pengalaman dalam melaksanakan pelbagai inisiatif merangkumi pembangunan ekonomi, pemerkasaan usahawan dan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI. Sesi ini turut menjadi platform pertukaran maklumat berkaitan fungsi dan bidang kerjasama yang berpotensi diterokai bersama.
Pertemuan ini diharap dapat menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara TERAS dan KPDN Cawangan Manjung, sekali gus membuka peluang pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
894842822 1090015990706792 4662802003421104199 n 1024x576

Comments are disabled.