DAMANSARA, PETALING JAYA | 27 OKTOBER 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan perjumpaan bersama MyKasih Foundation bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperluas inisiatif kemasyarakatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, bersama tiga orang wakil, manakala MyKasih Foundation diwakili oleh Puan Fairuz binti Anwar, Pengurus Pembangunan Perniagaan, bersama dua orang wakil.
Perjumpaan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mengenal pasti ruang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan melalui program bersama. Usaha ini diharap dapat membuka peluang sinergi antara kedua-dua pihak dalam memperluas manfaat kepada komuniti secara berterusan.

