KLANG 23 Februari – Program turun padang oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ke salah sebuah anak syarikat iaitu Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS). Program turun padang pada tersebut diadakan bertujuan untuk suai kenal dan mengetahui situasi semasa pentadbiran di semua Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor, agensi dan anak syarikat MAIS.

TERAS amat bebesar hati di atas kunjungan oleh Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof dalam lawatan ini dan disambut baik oleh warga kerja TERAS. Turut hadir pada program tersebut adalah YDM Tengku Seri Paduka Shah Bandar, Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj bin Tengku Abdul Hamid Shah Alhaj, Anggota MAIS, YBrsh. Dr. Hj. Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiusaha MAIS, Pengurusan Tertinggi MAIS serta Ahli Lembaga Pengarah TERAS.

Dalam ucapan Pengerusi MAIS, beliau memaklumkan berkenaan TERAS terlibat di dalam pematuhan kepada pelaksanaan Pelan Strategik MAIS 2020 – 2024 dan Pelan Rasionalisasi MAIS supaya setiap agenda dalam pelaksanaan pengurusan di bawah TERAS ini merujuk kepada pelan yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik MAIS 2020 – 2024.

Semasa program tersebut, semua tetamu telah dibawa melawat sekitar ruangan pejabat, Stor Agihan Makanan, Stor Pakaian Seragam sekolah, Pusat Latihan Jahitan dan akhir sekali Galeri TERAS. Pengerusi MAIS juga berkesempatan beramah mesra bersama usahawan yang dijemput dalam memeriahkan majlis iaitu usahawan lori bergerak, Kamarul Arifin bin Abdullah dari daerah Kuala Selangor dan usahawan makanan sejuk beku, Khuzaima binti Ahmad Tajuddin dari daerah Petaling. Usahawan tersebut adalah usahawan di bawah bimbingan TERAS dan juga telah menyediakan khidmat makanan semasa program berjalan.

Program turun padang oleh Pengerusi MAIS tersebut telah tamat sekitar jam 5:30 petang.

Comments are disabled.