737467951 973332802375112 4916790226334177184 n

Bukit Mertajam, 2 Julai 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan lawatan kerja ke Hasdey Puncak Enterprise di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi meninjau operasi pengeluaran fucuk serta membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pemasaran dan jualan produk.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, bersama Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, serta tiga pegawai TERAS iaitu Pn. Nor Liza binti Manan, En. Maslan bin Salimi dan En. Khairul Hisham bin Khairudin.
Sepanjang lawatan, delegasi TERAS berpeluang melihat sendiri proses penghasilan fucuk serta sistem pengurusan operasi yang diamalkan oleh Hasdey Puncak Enterprise. Perbincangan turut memberi fokus kepada potensi jalinan kerjasama dalam pemasaran dan pengedaran produk fucuk, sekali gus membuka peluang untuk memperluaskan pasaran serta meningkatkan nilai komersial produk keluaran tempatan.
TERAS percaya kerjasama strategik ini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui pengukuhan rangkaian pemasaran, peningkatan capaian pasaran dan penyediaan produk berkualiti kepada pengguna.
Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara TERAS dan Hasdey Puncak Enterprise dalam memperkukuh jaringan perniagaan serta mewujudkan peluang kerjasama yang memberi nilai tambah kepada kedua-dua organisasi.
736832670 973332979041761 4237428303368548196 n 1024x768
738691648 973332922375100 8561363095892019888 n 1 768x1024
736659583 973333099041749 8023679988532143524 n 1024x768

Comments are disabled.