SHAH ALAM | 28 OKTOBER 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan perjumpaan bersama Invest Selangor Berhad bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperluas inisiatif kemasyarakatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, bersama empat orang wakil, manakala Invest Selangor Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Datuk Hasan Azhari bin Haji Idris bersama tiga orang wakil.
Perjumpaan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mengenal pasti ruang kerjasama yang berpotensi dilaksanakan melalui program bersama. Usaha ini diharap dapat membuka peluang sinergi antara kedua-dua pihak dalam memperluas manfaat kepada komuniti secara berterusan.

