PAHANG | 6-7 OKTOBER 2026 - Sesi Pemantauan Program Ikhtiar Tabung Haji – Usahawan Asnaf Negeri Pahang Kumpulan Kedua telah dilaksanakan oleh pihak TERAS dengan melibatkan 10 orang usahawan asnaf bagi menilai perkembangan prestasi perniagaan serta keberkesanan penggunaan bantuan peralatan yang disalurkan melalui Dana Zakat Wakalah Tabung Haji.
Pemantauan ini diketuai oleh En. Muhammad Muaz Hariri bin Mohamed Subadri dan En. Muhammad Hafifi bin Hamir, yang merupakan kakitangan TERAS. Sesi ini turut disertai oleh wakil daripada pihak Tabung Haji (TH) iaitu Pn. Wan Mayuza binti Wan Mat, Pengurus Cawangan TH Pekan dan Pn. Norhidayati binti Nordin, Pengurus Cawangan TH Muadzam Shah bagi pemantauan hari pertama yang melibatkan 4 orang usahawan dari sektor pembuatan makanan.
Pemantauan pada hari kedua pula melibatkan Pengurus Cawangan TH Pekan, Pn. Mardziana binti Mohd Nasir dan Pengurus Cawangan TH Temerloh, En. Abdul Rashid bin Idris. Pemantauan melibatkan 6 orang usahawan dalam sektor pembuatan makanan, jahitan dan kimpalan (welding). Wakil pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di peringkat daerah turut hadir bagi bersama-sama menyokong pelaksanaan sesi pemantauan ini.
Antara fokus utama pemantauan ini adalah:
• Menilai perkembangan dan prestasi perniagaan usahawan.
• Meneliti penggunaan bantuan modal dan peralatan yang telah diterima.
• Mengenal pasti perubahan dari aspek jualan, pendapatan dan kapasiti perniagaan.
• Mengenal pasti cabaran serta keperluan sokongan susulan usahawan.
• Mendapatkan maklum balas bagi tujuan penambahbaikan dan pelaporan impak program.
Pelaksanaan pemantauan secara berterusan ini menjadi salah satu usaha penting dalam memastikan bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara optimum serta menyokong kelangsungan dan perkembangan perniagaan usahawan asnaf.
Komitmen dan kerjasama berterusan antara TERAS, Tabung Haji dan MUIP diharap dapat terus memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan asnaf melalui pendekatan yang tersusun, bersasar dan berimpak.

