641468352 867388819636178 1463338979127284851 n

Kuala Lumpur, 23 Februari 2026 – Satu sesi kunjungan hormat oleh Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi asnaf, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, bersama Pengurus Besar Operasi, Puan Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Tugas-Tugas Khas, En. Azman Shah bin Ramly, Pengurus Perkhidmatan Pembekalan & Logistik, En. Mohd Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Ketua Bahagian Jualan & Pemasaran, Pn. Hazana binti Hayati @ Emam Mukayat serta seorang pegawai.
Pihak MAIWP pula diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), En. Ahmad Talmizi bin Yahaya, bersama Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan Asnaf, En. Md Fadzli bin Md Saad, Penolong Pengurus (Unit Pentadbiran dan Kerohanian), Pn. Siti Noor Nazlia binti Nordin serta Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Pembangunan Usahawan), En. Muhammad Shafiq bin Abdul Geni.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan peluang kerjasama dalam pelaksanaan program pembangunan asnaf yang lebih berstruktur dan berimpak tinggi, termasuk inisiatif pembangunan keusahawanan, pembekalan perkhidmatan serta program peningkatan ekonomi yang mampan.
Kunjungan hormat ini diharap dapat menjadi asas kepada jalinan kerjasama strategik antara TERAS dan MAIWP dalam memperkukuh usaha pembangunan sosioekonomi golongan asnaf secara berterusan dan berkesan.
641606795 867388856302841 3604161788481347014 n 1024x768
642823774 867388929636167 4171892479744620026 n 1024x768

Comments are disabled.