23 November 2026, Kuala Lumpur - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama Yayasan Chow Kit bagi meneroka peluang kerjasama strategik serta mengenal pasti potensi pelaksanaan program yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.
Kunjungan tersebut telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TERAS, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, bersama Pengurus Besar Operasi, Pn. Fasihah binti Mat Radzi bersama tiga orang pegawai pengiring. Yayasan Chow Kit pula diwakili oleh Pn. Shahira binti Kasim bersama 3 orang pegawai. Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan, berkongsi kepakaran serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi untuk dilaksanakan secara bersama.
TERAS sentiasa komited untuk memperluas jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi, yayasan dan organisasi dalam usaha memperkukuh pembangunan sosioekonomi, memperkasa komuniti serta memperluas manfaat kepada golongan sasar. Diharapkan pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan melahirkan inisiatif berimpak positif kepada masyarakat.
TERAS – Memperkasa Ekonomi, Membina Harapan.

