IMG 20261124 WA0032

24 November 2026 | Selasa, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS), anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Bina Kesejahteraan (YB Care).

Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Hasnul Redza bin Abdul Rahim bersama Pengurus Besar Operasi, Pn. Fasihah binti Mat Radzi dan pegawai pengiring, disambut mesra oleh Pengerusi YB Care, Datin Dr. (h.c.) Hajah Hartini Osman bersama barisan pegawainya.

Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik dalam memperkasa ekonomi asnaf, memperluas peluang pembangunan komuniti serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui inisiatif yang mampan dan berimpak tinggi.

Menghubungkan kepakaran, mencipta peluang dan membina masa depan komuniti yang lebih sejahtera.

IMG 20261124 WA0030 1024x768
IMG 20261124 WA0025 1024x768

Comments are disabled.