810624000 1034672132907845 2398195831604833234 n

AYER KEROH, MELAKA, 14 September — TERAS mengadakan perjumpaan bersama pihak Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (ICU JPM Melaka) bagi membincangkan perancangan serta pelaksanaan program pembangunan usahawan yang bakal dilaksanakan di negeri ini.
Delegasi TERAS diketuai Pengurus Besar Operasi, Puan Fasihah binti Mat Radzi bersama-sama tiga orang pegawai pengiring.
Delegasi berkenaan disambut Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Penolong Pengarah, Puan Jalilah binti Abd Jalil, serta beberapa pegawai agensi berkenaan.
Pertemuan itu memberi tumpuan kepada perbincangan lanjut berkaitan perancangan program, pendekatan pelaksanaan, keperluan usahawan serta ruang kerjasama strategik antara TERAS dan pihak ICU JPM Melaka.
Kerjasama berkenaan diharap dapat membuka peluang lebih luas dalam memperkasa golongan usahawan, khususnya menerusi program yang tersusun, berimpak dan mampu menyumbang kepada peningkatan kapasiti serta daya saing perusahaan tempatan.
TERAS komited untuk terus menjalinkan hubungan strategik bersama agensi kerajaan dan pemegang taruh berkaitan bagi memastikan agenda pembangunan usahawan dapat dilaksanakan secara berkesan serta memberi manfaat kepada kumpulan sasaran.
800422304 1034672306241161 2874530668074786242 n 768x1024
800925088 1034672262907832 4553068159991719489 n 768x1024

Comments are disabled.