Kangar, 2 Julai 2026– Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan keusahawanan asnaf.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, bersama Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, serta tiga pegawai TERAS iaitu Pn. Nor Liza binti Manan, En. Maslan bin Salimi dan En. Khairul Hisham bin Khairudin.
Perbincangan berlangsung dalam suasana yang positif dan konstruktif dengan memberi fokus kepada peluang kolaborasi dalam pelaksanaan program pembangunan usahawan asnaf, pembangunan kapasiti, latihan keusahawanan, pendigitalan perniagaan serta inisiatif pemerkasaan ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan asnaf.
TERAS percaya jalinan kerjasama strategik ini akan membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua pihak untuk melaksanakan program-program berimpak tinggi dalam memperkasa ekosistem keusahawanan asnaf dan melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara TERAS dan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs Sdn. Bhd. dalam merealisasikan agenda pembangunan ekonomi asnaf yang mampan.

