Shah Alam, 10-11 Ogos 2024 - Kursus Asas Keusahawanan yang berlangsung di De Palma Hotel, Shah Alam, berjaya menarik penyertaan seramai 34 orang peserta. Kursus selama dua hari ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek penting dalam dunia keusahawanan.
Antara objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan secara teori dan latihan praktik mengenai keperluan sebenar dalam merancang, mengurus, dan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada aspek-aspek pembangunan perniagaan yang meliputi pengurusan kewangan, yang menjadi elemen penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka.
 

Comments are disabled.