Kuala Lumpur, 18 Ogos 2024 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah berjaya menganjurkan Kursus Teknik Masak Bakery di UCSI Universiti pada 17 dan 18 Ogos 2024. Kursus ini bertujuan memperkasa usahawan asnaf dengan kemahiran penyediaan dan pemasaran produk bakery.
Dalam kursus dua hari ini, peserta didedahkan kepada teknik penyediaan bakery berkualiti tinggi, kaedah pembungkusan dan penyimpanan komersial, serta strategi penetapan harga dan pemasaran produk.
Melalui program ini, TERAS berharap para usahawan dapat mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas dan bersaing dengan lebih berkesan.
 

Comments are disabled.