467421084 507786488929748 7760146471908825588 n

467275409 507786305596433 6996285977205248810 n 1024x683
467201610 507786342263096 5733088099658528005 n 1024x683
467432276 507786568929740 6685732930352853668 n 1024x683
467109148 507786808929716 27175376492487390 n 1024x683
467326607 507786785596385 198939080677903104 n 1024x683
467124687 507786642263066 1823038737517049934 n 1024x683
467493482 507785912263139 3012845173962755061 n 768x1024
467184459 507786838929713 8275520118273243263 n 1024x683
Kajang, 16 November 2024 – Karnival Transformasi Usahawan Asnaf Selangor 2024 (TUAS), anjuran Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS telah diadakan di Universiti Islam Selangor dengan penuh jayanya.
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Dalam pada itu, Setiausaha MAIS juga mengucapkan penghargaan syabas dan tahniah kepada usahawan-usahawan asnaf yang telah melalui Program Pembangunan Usahawan Asnaf yang diuruskan oleh TERAS di mana sepanjang sembilan (9) tahun ke belakang ini ramai usahawan asnaf yang telah berjaya di bantu melalui program usahawan ini. Dan lebih membanggakan, bermula tahun 2013 hingga 2023, seramai 1,498 orang telah berjaya bebas dari asnaf dan kini berjaya pula menjadi pengeluar zakat. "Alhamdulillah.”
Majlis ini turut dihadiri oleh Dato' Bakhtiar bin Hussin, Pengerusi TERAS, barisan Lembaga Pengarah TERAS, Encik Zaharudin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat, Encik Mohd Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Pengurus Besar TERAS serta Encik Nur Muhamad Razali bin Abdullah, Pengurus Besar Yayasan Islam Darul Ehsan.
Program ini juga turut dihadiri wakil Lembaga Zakat Selangor, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP),  serta wakil-wakil agensi pembiayaan, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Unifi dan Universiti Islam Selangor.
Program dwi tahunan ini bertujuan untuk meraikan usahawan asnaf yang berjaya keluar daripada status fakir/miskin dan menaikkan semangat mereka untuk terus berusaha memajukan taraf hidup melalui perniagaan.
Antara objektif utama program ini adalah mewujudkan rangkaian ‘networking’ antara para usahawan, bekas asnaf dan agensi kewangan yang memberikan pendedahan tentang peluang pembiayaan yang disediakan.
Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada usahawan asnaf untuk mempamerkan produk mereka dan mengadakan jualan secara langsung.
Selain sesi rasmi, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti fun run, gerai jualan dan pertandingan yang memeriahkan suasana.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut menjadi peluang bagi usahawan asnaf mempromosikan perniagaan mereka kepada pengunjung.
Kehadiran para peserta dan sokongan daripada pelbagai pihak menjadikan program ini platform penting dalam membantu usahawan asnaf mengembangkan perniagaan serta memperkasa ekonomi mereka.
Program ini sekali lagi membuktikan komitmen TERAS dalam memastikan golongan asnaf terus diberi peluang untuk maju dan berjaya dalam bidang keusahawanan.
467025809 507786955596368 3481856272568829488 n 1024x683

Comments are disabled.