13 - 14 Disember 2024 - TERAS terus membantu memberikan khidmat bagi mengagihkan bantuan misi banjir di KELANTAN, TERENGGANU DAN KEDAH secara pintu ke pintu sebagaimana rutin kebiasaan yang dilaksanakan bagi agihan bantuan makanan bulanan kepada asnaf fakir miskin di Selangor. Sebanyak 5 buah lori ke Kelantan, 1 lori ke Terengganu dan 1 lori ke Kedah.
Konvoi kali ini diketuai oleh Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategik Korporat MAIS dan turut disertai En. Mohd Hasnul Redza Abd Rahim, Pengurus Besar TERAS; En. Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE dan Encik Mohd Faizal Abdul Raji, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS dengan jumlah keseluruhan peserta sukarelawan seramai 100 orang terdiri daripada MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor (JHEIS), agensi dan anak syarikat. Sumbangan RM598,600.00 itu meliputi peruntukan daripada Baitulmal MAIS, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor (JPSS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
AKTIVITI SERAHAN DAN GOTONG-ROYONG SUMBANGAN BANJIR DI KELANTAN
Dikongsikan lensa foto sekitar simbolik serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor, agensi dan anak syarikatnya serta Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Selangor kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) di Masjid Sultan Mansor Kota Bharu pada 13 Disember.
Seterusnya diadakan aktiviti serahan sumbangan dan gotong-royong pembersihan sekolah di Kg berdekatan Masjid Iktikaf Faqir Mat Kajang Sebidang, Tumpat Kelantan pada 14 Disember.
AKTIVITI SERAHAN SUMBANGAN BANJIR DI KEDAH
Dikongsikan lensa foto sekitar simbolik serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor, agensi dan anak syarikatnya serta Jabatan Hal Ehwal Islam Agama Selangor kepada Pejabat Agama Islam Daerah Padang Terap dan Balai Penghulu Mukim Derang, Kedah pada 14 Disember.
AKTIVITI SERAHAN SUMBANGAN BANJIR DI TERENGGANU
Sekitar serahan Sumbangan Bencana Banjir oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui TIJARI, agensi dan anak syarikat kepada Pejabat Agama Islam Daerah Setiu, Terengganu pada 14 Disember 2024.
Penyerahan simbolik sumbangan diadakan di Masjid Guntung Dalam, Setiu Terengganu