18 April 2025, Shah Alam – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) ke pejabat Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi.
Perjumpaan yang berlangsung di Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan itu bertujuan untuk memperkenalkan fungsi serta peranan TERAS dalam memacu pembangunan ekonomi golongan asnaf dan B40, selain membincangkan potensi kerjasama strategik bagi memperkasa komuniti berpendapatan rendah di negeri ini.
Barisan wakil TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Hasnul Redza Bin Abd Rahim, turut disertai oleh Pn Fasihah Binti Mat Radzi, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan, En Azman Bin Ramly, Pengurus Sektor Pembekalan dan Logistik serta tiga orang pegawai syarikat.
Pihak TERAS merakamkan penghargaan atas kesudian Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi menerima kunjungan ini dan berharap kerjasama yang terjalin dapat diteruskan demi manfaat rakyat Negeri Selangor.
