4 Jun 2025 Kuantan, Pahang - Pada hari kedua lawatan kerja ke negeri Pahang, delegasi TERAS telah mengunjungi dua lokasi utama di Kuantan. Lokasi pertama ialah YP Advanced Skills, sebuah institusi latihan kemahiran milik Yayasan Pahang yang menawarkan pelbagai program termasuk pembangunan produk makanan berasaskan teknologi retort. Delegasi telah diberi taklimat menyeluruh mengenai pelaksanaan program, kemudahan makmal serta potensi kolaborasi dalam bidang pemprosesan makanan dan keusahawanan.
Lawatan diteruskan ke Program Penternakan Ikan Sistem Kolam Bioflok yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Projek ternakan ini menampilkan penggunaan teknologi moden yang mampan dan berpotensi untuk dimanfaatkan oleh golongan usahawan agro dalam meningkatkan hasil akuakultur.
Delegasi TERAS diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Mohar bin Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah, bersama Encik Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan serta dua orang pegawai TERAS

Comments are disabled.