646251265 871068905934836 1413277667750502349 n

2 Mac 2026, Klang – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), anak syarikat kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, DYTM Raja Muda Selangor, menerima sumbangan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM200,000.00 dalam Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H yang turut menyaksikan perasmian Masjid Nurul Iman, Telok Gadong.
Sumbangan tersebut telah disempurnakan akadnya di hadapan DYTM Tuanku dan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAS sebagai simbol komitmen berterusan entiti korporat berkaitan agama dalam memperkasa instrumen Wakaf Tunai Korporat secara strategik dan mampan bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan TERAS dalam mendukung agenda pembangunan ummah melalui pendekatan wakaf yang berimpak tinggi, selari dengan aspirasi negeri dalam memperkukuh ekosistem wakaf sebagai pemacu sosioekonomi yang progresif dan berdaya tahan.
Penyertaan konsisten TERAS dalam menyumbang melalui Wakaf Tunai Korporat bukan sekadar tanggungjawab sosial korporat, malah merupakan sebahagian daripada tadbir urus berimpak (impact-driven governance) yang menekankan kelestarian, integriti dan nilai tambah kepada komuniti.
Bertepatan dengan Ramadan sebagai Bulan Wakaf Negeri Selangor, TERAS menyeru lebih banyak entiti korporat untuk bersama-sama menyumbang melalui Wakaf Tunai Korporat sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berterusan.
Menjunjung kasih DYTM Tuanku atas perkenan menerima sumbangan dan mencemar duli dalam majlis penuh keberkatan ini.
645099051 871069005934826 4194273953514525276 n 768x1024
646278937 871069045934822 6274082833090634695 n 1024x685

Comments are disabled.