KUALA LUMPUR, 4 Mac – TERAS hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Wilayah Kuala Lumpur, Bank Negara Malaysia yang beroperasi di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Building, Kuala Lumpur dalam usaha memperkukuh jaringan strategik serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim. Turut hadir Pengurus Besar Operasi, Puan Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Tugas-Tugas Khas, En. Azman Shah bin Ramly serta dua orang pegawai.
Manakala pihak Pejabat Wilayah BNM Kuala Lumpur diwakili oleh Pn Hasmawati binti Hashim, Pengurus, Pn Nurfazleen binti Kasim, Eksekutif, Pn Nur Marahakim binti Nordin, Eksekutif dan Pn Angeline, Eksekutif.
Sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan profesional itu merupakan sesi suai kenal antara kedua-dua organisasi. Perbincangan turut memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam aspek pembangunan keusahawanan, pengukuhan literasi kewangan serta inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada komuniti sasaran.
Pihak TERAS menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan agensi-agensi strategik dalam memperkasakan usahawan serta memperluas impak program pembangunan ekonomi yang lebih mampan.
Kunjungan hormat ini diharap menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama y

Comments are disabled.