IMG 20260708 WA0011 1

Seremban | 6 Julai 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Tn. Muhammad Zahir bin Mazlan, Pengarah KPDN Negeri Sembilan, bersama Tn. Ramli bin Abu Hasan, Ketua Unit Kawalan Bekalan, Pn. Munirah Bibi binti Hamsa, Ketua Seksyen Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri, serta pegawai-pegawai KPDN Negeri Sembilan.
Delegasi TERAS pula diketuai oleh En. Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Perkhidmatan Pembekalan dan Logistik, bersama Pn. Hazana binti Hayati @Emam Mukayat, Ketua Bahagian Jalinan Strategik, dan Cik. Zakiah binti Khalit, Eksekutif Bahagian Jalinan Strategik.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program kepenggunaan, pembangunan komuniti serta inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara TERAS dan KPDN Negeri Sembilan dalam merealisasikan pelbagai program yang memberi impak positif kepada rakyat.
IMG 20260708 WA0010 1024x768
IMG 20260708 WA0008 1024x768

Comments are disabled.