13 Oktober 2026, Klang - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Keluarga Mohamad bagi bertukar pandangan serta meneroka potensi peluang perniagaan dalam bidang pembekalan produk dan peluasan pasaran.
Pertemuan ini turut membincangkan potensi peranan koperasi sebagai Third Party Operator (TPO) dalam menyokong operasi dan pengurusan perniagaan yang bersesuaian.
TERAS mengalu-alukan hubungan baik bersama pelbagai pihak sebagai ruang untuk meneroka potensi sinergi dan peluang ekonomi pada masa hadapan.
Bersama Membina Ekonomi, Memperkasa Komuniti.

