741475388 978798195161906 4046004089452286056 n

Shah Alam, 8 Julai 2026 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama pihak Koperasi PKNS bagi meneroka potensi kerjasama dan peluang pembangunan strategik antara kedua-dua pihak.
Delegasi TERAS diketuai oleh En. Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), bersama Puan Fasihah Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, En. Mohd Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Perkhidmatan Pembekalan & Logistik, dan Puan Hazana binti Hayati @ Emam Mukayat, Ketua Bahagian Jalinan Strategik.
Sesi perbincangan ini memberi fokus kepada potensi penyertaan TERAS dalam program dan acara yang bersesuaian di bawah PKNS sebagai salah satu platform untuk memperluaskan capaian produk serta perkhidmatan TERAS kepada masyarakat. Selain itu, kedua-dua pihak turut melihat potensi kerjasama dalam pembangunan kemudahan gudang dan logistik halal yang boleh dibangunkan bersama PKNS bagi menyokong pengukuhan rantaian bekalan serta memperkasa ekosistem industri halal. Perbincangan ini juga membuka ruang kepada kerjasama jangka panjang yang berpotensi memberikan manfaat bersama, di samping menyokong pembangunan perniagaan dan pengembangan operasi TERAS secara lebih strategik dan mampan.
Diharapkan hasil daripada perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada bentuk kerjasama yang lebih konkrit dan berimpak, seterusnya memperkukuh hubungan strategik antara TERAS dan PKNS serta membuka lebih banyak peluang pembangunan perniagaan, perluasan pasaran dan pengukuhan operasi pada masa hadapan.
742606408 978798245161901 9188865172827159631 n

Comments are disabled.