747029946 982112951497097 2965454248212292366 n

Shah Alam, 13 Julai 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah menyertai Program Langkah Kasih PUSPANITA Kebangsaan 2026 ke Negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.
Penyertaan TERAS menerusi pembukaan reruai jualan memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan pelbagai produk pakaian berkualiti seperti baju kurung wanita, kurta, inner dan seluar sekolah pada harga yang berpatutan. Sambutan yang diterima daripada warga PUSPANITA dan pengunjung amat menggalakkan sepanjang program berlangsung.
Selain mempromosikan produk keluaran TERAS, reruai ini turut menjadi platform memperkenalkan Pusat Latihan Kemahiran TERAS (PLKT) yang menawarkan kursus jahitan dan pembangunan kemahiran bagi melahirkan usahawan serta tenaga kerja mahir, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan secara mampan.
Program ini bukan sahaja mengukuhkan jenama TERAS dalam kalangan komuniti, malah menjadi medium strategik untuk memperluaskan rangkaian kerjasama, mempromosikan produk usahawan serta menyokong agenda pemerkasaan ekonomi asnaf melalui pendekatan keusahawanan yang inklusif.
TERAS komited untuk terus memperkasa ekonomi ummah melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan dan penyediaan produk berkualiti demi manfaat masyarakat.
747778480 982112911497101 7013638563584822313 n 576x1024
743796652 982113058163753 9052710251477501864 n

Comments are disabled.