774105672 1007951978913194 58114307729629075 n

Pulau Pinang, 14 Ogos 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan ke Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bagi membincangkan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan asnaf di bawah MAINPP.
Kunjungan ini disertai oleh delegasi TERAS yang diketuai oleh En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Turut mengiringi beliau ialah Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, En. Mohd. Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Perkhidmatan Pembekalan & Logistik (SPPL), serta En. Maslan bin Salimi dan Cik. Zakiah binti Khalit.
Delegasi Zakat MAINPP diketuai oleh En. Mohamed Khairi bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), En. Ruslan bin Harun, Pengurus Besar (GM) serta wakil pengurusan Zakat MAINPP.
Program ini melibatkan usahawan asnaf yang akan dikenal pasti berdasarkan data daripada MAINPP. Para peserta akan dibangunkan melalui latihan, bimbingan, pembangunan kapasiti serta bantuan yang bersesuaian bagi memperkukuh dan mengembangkan perniagaan mereka.
Kerjasama strategik antara MAINPP dan TERAS ini diharap dapat memperkasakan usahawan asnaf, meningkatkan kapasiti perniagaan serta membantu mereka mencapai tahap ekonomi yang lebih mampan.
774666344 1007952055579853 5761377993373522005 n 1024x682
774314684 1007952125579846 3315426793178670317 n 1024x682
774033638 1007952162246509 3258335962426665059 n 1024x682

Comments are disabled.