SEPANG, 10 September 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) mengadakan sesi perjumpaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di MAHB KLIA, Sepang, bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang perkhidmatan, pembekalan, latihan serta pembangunan kompetensi.
Pertemuan tersebut turut membincangkan peluang TERAS dalam menyokong keperluan MAHB melalui penyediaan perkhidmatan dan pembekalan yang bersesuaian, di samping penerokaan kerjasama dalam pelaksanaan Program Back to School, Jualan Rahmah serta program latihan dan pembangunan kemahiran.
Delegasi MAHB diketuai oleh Puan Fadzlin binti Ahmad Fuad, Senior Manager, Human Capital (Services) bersama Puan Siti Asma binti Mohd Zohdi, Manager, Human Capital (Employee Central); Encik Bambang Eirman bin Bahudin, Manager, Masjid KLIA; Puan Hariyati binti Ibrahim, Senior Executive, Human Capital (Payroll & Debts); Cik Izzati Najwa binti Ab Lazis, Executive, Human Capital; dan Puan Nur Alisa binti Zakaria, Executive, Corporate Communications.
Turut hadir mewakili TERAS ialah Encik Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO); En. Azman Shah bin Ramly, Pengurus Tugas-tugas Khas; Encik Mohd. Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Perkhidmatan Pembekalan dan Logistik (SPPL); Puan Hazana binti Hayati @ Emam Mukayat, Ketua Bahagian Jalinan Strategik; serta Cik Zakiah binti Khalit, Eksekutif Bahagian Jalinan Strategik.
Sesi perjumpaan ini menjadi platform strategik bagi kedua-dua pihak mengenal pasti ruang kerjasama yang berpotensi untuk dikembangkan secara berstruktur, selaras dengan usaha TERAS memperluas jaringan korporat dan memperkukuh kapasiti perkhidmatan serta peluang pembekalan.

