KUALA LUMPUR, 13 OKTOBER 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah membuka reruai pameran produk sempena Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Ke-8 Zon Gombak Tahun 2026 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Pameran yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini menampilkan pelbagai produk makanan, minuman dan barangan keluaran TERAS sebagai usaha memperkenalkan produk serta memperluas peluang pasaran kepada masyarakat.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen TERAS dalam mempromosikan produk dan memperkasa ekonomi asnaf melalui pembangunan kemahiran, keusahawanan dan peluang perniagaan.

