861604407 1070140206027704 4977362986758413797 n

KLANG, 22 September 2026 - Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah menyertai Jamuan Teh Diraja Bersama Anak-Anak Yatim dan Spastik anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor.
Majlis penuh bermakna ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, serta Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, bersama isteri, Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.
Kehadiran TERAS sebagai rakan sinergi YIDE mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong usaha kebajikan dan kesejahteraan komuniti, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan. Selain itu, TERAS turut menggerakkan sukarelawan bagi membantu kelancaran majlis sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini.
Semoga jalinan sinergi yang terjalin terus diperkukuh dalam menyemarakkan semangat keprihatinan, kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat.
858121212 1070140149361043 5496811321944323057 n 1024x576
859257335 1070140296027695 8182683840951202640 n 1024x576
858304512 1070140252694366 4356314359865769390 n 576x1024

Comments are disabled.