Melaka, 14 Januari 2025 – Sesi temuduga untuk memilih usahawan asnaf negeri Melaka kini diteruskan selepas sesi temuduga di Johor. Program ini bertujuan membantu asnaf mengembangkan perniagaan mereka dengan bimbingan dan sokongan menyeluruh.
Usahawan asnaf negeri Melaka berpeluang untuk melangkah ke fasa baru dalam perniagaan mereka, sejajar dengan misi program ini untuk meningkatkan taraf hidup dan daya saing peserta.