IMG 20250404 WA0074

4 April 2025, Putra Heights -  Susulan insiden kebocoran gas dan kebakaran yang menggemparkan komuniti Putra Heights baru-baru ini, DYMM Sultan Selangor telah berkenan menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk menyalurkan bantuan kepada semua pelajar yang terjejas.
YIDE bekerjasama dengan melantik Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) selaku agensi anak syarikat MAIS untuk membekalkan pakaian seragam sekolah dan peralatan sekolah.
Bantuan ini disalurkan tanpa mengira latar belakang agama, sebagai lambang kasih sayang dan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan rakyat. Para pelajar yang terlibat, termasuk pelajar beragama Islam dan bukan Islam, menerima sumbangan berupa dua pasang pakaian seragam sekolah, kasut, beg, alat tulis serta peralatan persekolahan yang lain.
Penyerahan Fasa 1 pada 4 April 2025 seramai 173 pelajar telah menerima kelengkapan pakaian sekolah di Masjid Putra Heights. Manakala penyerahan Fasa 2 diadakan pada 7 April 2025 di Dewan Camelia Putra Heights dengan penerima seramai 28 pelajar.
Langkah ini bukan sekadar bantuan material, tetapi juga suntikan semangat dan harapan buat anak-anak yang sedang melalui detik sukar. Ia mencerminkan semangat kebersamaan dan kemanusiaan yang sentiasa menjadi tunjang kekuatan negeri Selangor. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa serta menyemarakkan semula semangat mereka untuk meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih tabah dan bersemangat.
488883676 610343178674078 4828822818496675740 n 1024x576
489797573 610342562007473 1388828340974034034 n 1024x768
489719943 610342368674159 3946789046863342269 n 462x1024
489088623 610343075340755 8155992355464999903 n 1024x576
FB IMG 1743853923641 1024x768
489272220 610342645340798 3779115697354379083 n 1024x768
489629311 610342262007503 4504039107690612033 n 462x1024
489923232 610343542007375 6010869492784078647 n 1024x576

Comments are disabled.