KUALA LUMPUR - 9 Julai 2026, Khamis - Delegasi Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan ke Ibu Pejabat Public Islamic Bank Berhad, Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, bagi membentangkan Laporan Akhir Program Aspirasi Niaga – iTEKAD Public Islamic Bank Berhad bagi Usahawan Asnaf Jahitan.
Delegasi TERAS diketuai oleh En. Muhammad Muaz Hariri bin Mohamed Subadri, Ketua Bahagian Sektor Pembangunan Usahawan, bersama En. Muhammad Hafifi bin Hamir, Eksekutif Pembangunan Usahawan, serta seorang lagi pegawai TERAS.
Delegasi TERAS telah disambut oleh Puan Rianna Mohd Ariff, Naib Presiden, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, bersama Puan Nurul Amira binti Johan Apandi dan Encik Muhammad Mikrajul Haq bin Azman, Penolong Pengurus, Perbankan Berasaskan Nilai dan Transformasi Digital.
Sesi pembentangan berlangsung dalam suasana yang sangat baik dan positif, dengan perkongsian berkaitan pencapaian serta perkembangan usahawan yang terlibat sepanjang pelaksanaan program. Perbincangan turut memberi fokus kepada potensi dan peluang kerjasama strategik antara TERAS dan Public Islamic Bank Berhad dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi usahawan asnaf serta memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat.
Pertemuan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada kesinambungan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi dalam melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka secara mampan.

