745644905 982113818163677 849956402985361147 n

14 Julai 2026, Kuala Selangor – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati bagi memperkukuh hubungan strategik serta membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan usahawan, komuniti dan pemerkasaan golongan asnaf di daerah Kuala Selangor.
Perbincangan memberi tumpuan kepada cadangan pelaksanaan program kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan usahawan melalui penganjuran kursus dan latihan keusahawanan, penggunaan kemudahan MPKS bagi pelaksanaan program serta kerjasama perkongsian data usahawan bagi menyokong inisiatif bersama.
Dalam pertemuan tersebut, MPKS turut mempelawa penyertaan TERAS dalam Program MPKS yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Dataran Melawati, Kuala Selangor melalui pembukaan booth jualan dan pameran. Program berkenaan turut melibatkan pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI Bergerak sebagai salah satu inisiatif mendekati masyarakat.
Selain itu, TERAS turut dimaklumkan mengenai peluang penyertaan usahawan dalam Expo Perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2026 sebagai platform memperluaskan peluang pemasaran dan promosi produk usahawan tempatan.
MPKS turut menyatakan kesediaan untuk menyokong usaha hebahan program TERAS melalui platform komunikasi rasmi MPKS. TERAS boleh mengemukakan bahan promosi dan hebahan program kepada MPKS bagi memperluaskan penyampaian maklumat serta meningkatkan capaian kepada komuniti setempat.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik demi menyokong pembangunan usahawan serta memberi manfaat kepada masyarakat di Kuala Selangor.
747168716 982113861497006 7332022878619626249 n
746295016 982113941496998 2133259270287584916 n

Comments are disabled.