Thj Kedah

Pendang, Kedah | 6 Ogos 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) bersama Lembaga Tabung Haji (TH) telah melaksanakan sesi pemantauan usahawan di bawah Program Ikhtiar Tabung Haji pada 5 hingga 7 Ogos 2026. Sesi ini bertujuan menilai perkembangan perniagaan usahawan, mengenal pasti cabaran semasa serta melihat keperluan sokongan dan bimbingan bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan.
Sesi pemantauan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAS, Encik Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, bersama Pengurus Besar Operasi, Puan Fasihah binti Mat Radzi, Penanggung Pengurus Sektor Pembangunan Usahawan, Encik Muhammad Muaz Hariri bin Mohamed Subadri, serta dua orang Eksekutif Bahagian Jualan dan Pemasaran, iaitu Encik Khairul Hisham bin Khairudin dan Puan Nur Fatimah binti Zaiton.
Turut bersama dalam sesi pemantauan ini ialah wakil daripada Tabung Haji yang terdiri daripada Tuan Haji Nizan bin Johar, Pengarah Wilayah Utara, Tuan Haji Nasrul Anuar bin Ahmad, Pengurus TH Pendang dan Tuan Haji Muhammad Naim bin Awang Kechik, Pengurus TH Baling.
Sepanjang program, pasukan pemantauan telah mengadakan lawatan ke beberapa premis usahawan di sekitar Pendang, Kedah yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan antaranya penghasilan popia sejuk beku, bengkel besi, perkhidmatan cucian kenderaan serta kedai makanan. Lawatan ini memberi peluang kepada pihak TERAS dan Tabung Haji untuk melihat sendiri perkembangan perniagaan, mendapatkan maklum balas secara langsung daripada usahawan serta mengenal pasti keperluan yang boleh membantu meningkatkan prestasi perniagaan mereka.
Melalui sesi pemantauan ini, TERAS komited untuk memastikan setiap bantuan dan inisiatif yang disalurkan menerusi Program Ikhtiar Tabung Haji dapat memberi impak positif kepada perkembangan usahawan, seterusnya meningkatkan daya saing dan kelestarian perniagaan mereka.
TERAS akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tabung Haji dan pelbagai pihak dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi usahawan agar lebih berdaya tahan, mampan dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komunit

Comments are disabled.