SHAH ALAM, 20 Ogos 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) terus memperkukuh peranan dalam menyokong pembangunan keusahawanan apabila menyertai BIZMATCH MEGA 2026 – Himpunan Usahawan Selangor sebagai salah sebuah agensi yang terlibat dalam program berkenaan.
Program anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tersebut berlangsung pada 20 Ogos 2026 bertempat di Selangor International Trade Centre (SITC), Seksyen 14, Shah Alam, dengan menghimpunkan usahawan, agensi keusahawanan, agensi pembiaya, pasaran serta peruncit.
Penyertaan TERAS dalam BIZMATCH MEGA 2026 mencerminkan komitmen organisasi dalam memperluas jaringan perniagaan, membina hubungan strategik serta membuka ruang kepada perkongsian maklumat dan peluang kerjasama dalam bidang keusahawanan.
Sepanjang program berlangsung, wakil TERAS turut terlibat dalam sesi interaksi dan perbincangan bersama pengunjung serta peserta yang hadir bagi memperkenalkan peranan, perkhidmatan dan inisiatif TERAS dalam memperkasakan ekonomi usahawan.
TERAS turut menerima Sijil Penghargaan daripada PKNS atas komitmen dan sokongan TERAS menyertai Program BIZMATCH MEGA 2026 dalam menjayakan inisiatif pembangunan keusahawanan di Selangor.
Penghargaan tersebut menjadi satu pengiktirafan terhadap komitmen dan sokongan TERAS dalam menjayakan inisiatif pembangunan keusahawanan di Selangor.
TERAS – Memperkasa Ekonomi, Membina Masa Depan.

