790412046 1027289356979456 8560181219267946238 n

Jeram, Selangor | 5-6 September 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah melaksanakan Kursus Motivasi Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) 30 Usahawan Asnaf bagi Daerah Hulu Langat, Gombak, Kuala Langat, Petaling dan Klang bertempat di The Kemah Resort, Jeram sebagai salah satu inisiatif dalam memperkasa potensi diri serta meningkatkan keupayaan usahawan asnaf dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dunia keusahawanan.
Kursus ini dikendalikan oleh Encik Muhammad Riduan bin Abu Hasan, Eksekutif Pembangunan Perniagaan TERAS selaku tenaga pengajar yang memberikan pendedahan, bimbingan dan pengisian berkaitan motivasi, komunikasi serta pembangunan kemahiran keusahawanan kepada para peserta.
Pelaksanaan kursus ini memberi penekanan kepada empat objektif utama, iaitu meningkatkan keyakinan diri peserta, memupuk kemahiran komunikasi yang berkesan, mengaplikasikan nilai motivasi dalam konteks kehidupan dan keusahawanan serta meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif.
Melalui pengisian yang dilaksanakan, para peserta berpeluang membina keyakinan diri, memperkukuh kemahiran komunikasi serta meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan berkesan. Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada penerapan nilai motivasi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pengurusan perniagaan.
TERAS komited untuk terus menyokong usaha pembangunan usahawan asnaf melalui pelaksanaan program yang berfokus kepada pembangunan kapasiti, peningkatan kemahiran dan pembentukan jati diri usahawan, agar mereka lebih yakin, berdaya tahan dan bersedia mengembangkan perniagaan secara mampan.
Melalui pelaksanaan kursus ini, TERAS berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan serta perniagaan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap kemandirian dan kesejahteraan ekonomi usahawan asnaf.
793000926 1027289400312785 4103999061332960746 n
788758532 1027289550312770 9170227779704645483 n 768x1024
795430335 1027289436979448 3486409394464104627 n 768x1024

Comments are disabled.