SHAH ALAM, 8 September 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) menyertai Sesi Libat Urus Pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) dan Pemerkasaan Program Ihsan Food Bank (i-FB) KPDN Selangor 2026 yang berlangsung di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Saujana Resort.
Sesi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini menjadi platform penyelarasan strategik bagi memperkukuh pelaksanaan program serta memperluas manfaat inisiatif berkaitan kos sara hidup dan keterjaminan makanan kepada masyarakat.
Program menghimpunkan 12 rakan strategik jualan bergerak dan 24 premis rakan strategik jualan, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperluas capaian program kepada komuniti.
Empat sesi utama merangkumi pembentangan Pelaksanaan dan Pemerkasaan Program i-FB oleh Unit Food Bank, Bahagian Kos Sara Hidup; perkongsian Peranan dan Cabaran NGO dalam Memperkasa Sistem Bank Makanan di Malaysia oleh Yayasan Food Bank Malaysia; serta Inisiatif Inkubator i-FB oleh Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).
Sesi turut diakhiri dengan Libat Urus Bersama Pengarah KPDN Selangor, YBrs. Tuan Muhamad Hanif bin Asa’ari, yang memfokuskan perancangan dan pelaksanaan Program i-FB KPDN Selangor.
Penyertaan TERAS mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik, impak sosial dan pemerkasaan komuniti, khususnya dalam menyokong usaha menangani cabaran kos sara hidup serta memperluas akses kepada bantuan makanan secara lebih tersusun, sistematik dan mampan.

