721089791 952170567824669 2717702264774225283 n

SHAH ALAM, 9 Jun 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-15 menerusi penganjuran Majlis Apresiasi TERAS 2025 yang berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam hari ini.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh warga kerja TERAS atas komitmen, dedikasi dan sumbangan mereka dalam memacu pertumbuhan serta kejayaan organisasi sepanjang tahun 2025.
Dalam ucapannya, Pengerusi TERAS, YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin memaklumkan bahawa TERAS berjaya merekodkan pendapatan sebanyak RM45 juta bagi tahun kewangan 2025, sekali gus melepasi sasaran pendapatan RM43 juta yang ditetapkan.
Menurut beliau, pencapaian tersebut mencerminkan keupayaan TERAS untuk terus berkembang sebagai organisasi yang mampan serta memperkukuh peranannya dalam memperkasa ekonomi ummah melalui pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi, keusahawanan, latihan kemahiran, pertanian dan akuakultur.
Majlis turut menyaksikan penyampaian Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun kepada kakitangan yang telah menunjukkan kesetiaan dan khidmat bakti yang cemerlang kepada organisasi, serta Anugerah Khas Pengerusi kepada individu yang mempamerkan prestasi cemerlang, integriti tinggi dan menjadi contoh kepada warga kerja lain.
Sempena ulang tahun ke-15 penubuhannya, TERAS turut mengimbau perjalanan organisasi sejak penubuhannya sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan pemerkasaan masyarakat, khususnya golongan asnaf fakir dan miskin. Sepanjang tempoh tersebut, TERAS telah berkembang meneroka pelbagai sektor strategik yang memberi manfaat kepada masyarakat dan kesejahteraan ummah.
Mengulas mengenai hala tuju organisasi, TERAS menetapkan sasaran untuk mencapai nilai aset sebanyak RM100 juta menjelang tahun 2030 sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan kewangan organisasi, memperluaskan aktiviti ekonomi dan meningkatkan impak kepada golongan sasaran.
Majlis Apresiasi TERAS 2025 diharapkan menjadi platform untuk menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga kerja dalam meneruskan kecemerlangan organisasi serta merealisasikan aspirasi pembangunan TERAS pada masa hadapan.
719223455 952170424491350 35793772773749102 n 768x1024
719951496 952170464491346 66200497000086266 n 1024x768

Comments are disabled.