740722905 978787448496314 120013684861062091 n

10 Julai 2026, Klang - Pihak TERAS telah menerima kunjungan hormat daripada PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. (PNSB) yang diketuai oleh Puan Suhaily Md Noh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), bersama empat orang pegawai PNSB bagi mengadakan sesi perbincangan di Ibu Pejabat TERAS.
Delegasi daripada PNSB telah disambut mesra oleh En. Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS dan 4 orang pegawai TERAS yang lain.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik dalam aspek perlindungan insurans dan takaful korporat, pengurusan risiko organisasi serta penerokaan peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat serta membuka ruang kepada pelbagai bentuk kerjasama strategik yang dapat menyokong pembangunan dan pertumbuhan kedua-dua organisasi pada masa hadapan.
Pihak TERAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. atas kesudian berkunjung ke TERAS serta berkongsi pandangan dan pengalaman yang amat bermanfaat. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi mencapai objektif bersama.
 
743386876 978787488496310 386400084729268874 n 1024x768

Comments are disabled.