746878658 982502861458106 7450571031589182555 n

13 Julai 2026, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Al Rajhi Bank Malaysia di Kuala Lumpur.
Delegasi TERAS telah diketuai oleh En. Mohd. Hasnul Redza bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Turut mengiringi beliau ialah Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, Encik Mohd Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Sektor Pembekalan & Logistik (SPPL), En. Muhammad Muaz Hariri bin Mohamed Subadri, Ketua Bahagian Sektor Pembangunan Usahawan serta dua orang pegawai TERAS iaitu Pn. Nor Liza binti Manan dan En. Khairul Hisham bin Khairudin.
Delegasi TERAS telah disambut oleh Mohd Syahrul Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al Rajhi Bank Malaysia bersama Ahmad Arif bin Mohd Arshad, Ketua Pegawai Syariah (Chief Shariah Officer) Al Rajhi Bank Malaysia.
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi serta membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan usahawan pada masa hadapan.
TERAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Al Rajhi Bank Malaysia atas sambutan yang mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Semoga hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui pelbagai bentuk kerjasama yang memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.
746716107 982503021458090 4729095321612379297 n 1024x768
746308996 982502908124768 4197719110354606651 n 1024x768

Comments are disabled.