796968307 1029249726783419 4086579375038532241 n

Pulau Pinang | 8 September 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Nasmir Frozen Sdn. Bhd. di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Delegasi TERAS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim bersama Pn. Fasihah binti Mat Radzi (Pengurus Besar Operasi) dan tiga pegawai. Kehadiran mereka disambut oleh pihak pengurusan Nasmir Frozen yang diketuai oleh En. Mohammad Nasmir bin Dato’ Kadhar Shah (Pengarah) serta Dato’ Kadhar Shah bin Abdul Razak (Pengarah Urusan).
Pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dengan perbincangan mengenai operasi perniagaan, pembekalan, pengedaran serta pengurusan rantaian bekalan. Delegasi turut diberi penerangan mengenai operasi sembelihan, pemprosesan, penyimpanan dan pengedaran produk.
TERAS pada masa sama berkongsi peranan serta aktiviti syarikat, di samping meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang pembekalan makanan, pengedaran dan logistik.
Kunjungan ini diharapkan menjadi landasan kukuh dalam mempererat jaringan strategik serta merintis peluang kerjasama perniagaan yang berimpak positif kepada kedua-dua pihak.
797007156 1029249820116743 6009040930976157442 n
793090677 1029249776783414 7760950247452673106 n

Comments are disabled.