529293685 703951392646589 910358715169014668 n

Pekan, Pahang | 7 Ogos 2025 – Bengkel Jahit MUIP yang dikendalikan oleh syarikat TERAS telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Tenun Cheminahsayang Sdn. Bhd di Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Kompleks Budaya Pulau Keladi hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam penghasilan produk jahitan menggunakan kain tenun tradisional keluaran pusat tersebut.
Delegasi lawatan telah diketuai oleh Puan Aini Afrida binti Mansor selaku Ketua Penyelaras Bengkel Jahit, bersama beberapa orang peserta bengkel jahit MUIP. Kehadiran mereka telah disambut mesra oleh Puan Maizurah binti Mahmuddin, Pengurus Pusat Tenun Cheminahsayang Sdn. Bhd. selaku peneraju utama operasi tenunan di pusat berkenaan.
Sepanjang sesi lawatan, pihak delegasi telah diberi taklimat ringkas mengenai proses penghasilan kain tenun diraja serta berpeluang melihat sendiri teknik tenunan yang masih mengekalkan keaslian warisan Melayu. Perbincangan dua hala turut diadakan bagi meneroka peluang menghasilkan produk eksklusif menggunakan kain tenun.
Inisiatif ini merupakan salah satu usaha TERAS dalam memperkasakan kemahiran peserta bengkel jahit MUIP melalui pendedahan langsung kepada industri tekstil warisan. Ia diharap dapat membuka ruang kerjasama antara penggiat kraf tempatan dan peserta bengkel jahit untuk bersama-sama mengangkat nilai seni budaya dan ekonomi komuniti.
527744712 703950839313311 7622829643004210939 n 768x1024
528519492 703950909313304 2367406438923912454 n 768x1024
528748455 703951165979945 7318738051623964014 n 584x1024
528749205 703950872646641 3094796840646165952 n 768x1024
529478000 703951519313243 962682377006600505 n 768x1024

Comments are disabled.