529670039 705687969139598 4195001063832416929 n

SHAH ALAM , 10 Ogos 2025 | Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) menyertai Larian Merdeka MAIS dalam pembukaan reruai agensi dan anak syarikat MAIS untuk menyebarluaskan maklumat serta peranan MAIS serta agensi dan anak syarikat di bawahnya kepada masyarakat secara lebih dekat dan berkesan.
Program ini diadakan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Hari Shah Alam Tanpa Kenderaan (SAHTK) bertujuan memeriahkan bulan Kemerdekaan menerusi aktiviti riadah sihat.
Pada program ini, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan mencemar Duli hadir dan menyempurnakan sesi pelepasan dan turut bersama menyertai acara larian.
TERAS telah mempromosikan produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh TERAS kepada orang awam pada program tersebut.
TERAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh pihak MAIS dan orang awam untuk memeriahkan reruai TERAS pada hari ini. InsyaAllah, bertemu lagi kita ada tahun hadapan!
529698414 705688352472893 7334406479822681538 n 768x1024
529642720 705688252472903 5731559145157231891 n 1 768x1024
529824320 705688059139589 8793188894113362920 n
530164208 1205396231614963 1824684876778415724 n 1024x683
529330748 705688429139552 9204551831355378184 n 576x1024
530207258 705688582472870 8835433873871033407 n 1024x576

Comments are disabled.