537124965 713855174989544 6115901946833353193 n

PEKAN, PAHANG – 19 Ogos 2025 | Semalam, delegasi TERAS yang diketuai oleh En. Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TERAS bersama Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan serta Pn. Nor Liza binti Abd Manan, Pengurus Sektor Jahitan, bersama dua orang pegawai TERAS lain telah membuat lawatan ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di daerah Pekan bagi membincangkan pelaksanaan program kemahiran jahitan dan keusahawanan khusus untuk golongan asnaf negeri Pahang.
Untuk makluman, pihak TERAS telah dilantik sebagai Pengendali Operasi Bengkel Jahit MUIP Bagi menghasilkan baju uniform Tadika Pintar Al- Quran dibawah seliaan MUIP Education Sdn. Bhd. Lawatan kali ini lebih kepada memperkukuh hubungan sedia ada serta memperluas skop program selepas melihat kesan positif daripada bengkel yang telah dijalankan. Kami turut melawat Pusat Latihan Jahitan MUIP dan seterusnya hadir ke MUIP Education Sdn Bhd untuk menyerahkan sampel pakaian sukan & transit bagi tujuan tempahan yang akan dihasilkan.
Semoga segala urusan ini dipermudahkan dan memberi manfaat lebih besar pada masa akan datang.
536273253 713854911656237 4721528833909507201 n 1 768x1024
536276269 713855058322889 3391034907334761248 n 768x1024
536283758 713854938322901 67285900062785704 n 1024x768
536276550 713855138322881 789880420239520608 n
536270464 713854988322896 3752455676034251721 n 768x1024

Comments are disabled.