733655878 969258879449171 7039223390138983704 n

Subang Jaya, 29 Jun 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan strategik bersama Dato' Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama serta meneroka peluang kolaborasi yang mampu memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi masyarakat.
Delegasi TERAS diketuai oleh Pn. Fasihah binti Mat Radzi, Pengurus Besar Operasi, bersama En. Mohd Syaidatul Akmar bin Abdul Kadir, Pengurus Operasi Sektor Perkhidmatan Pembekalan & Logistik, Pn. Norfazilah binti Hitam, Ketua Bahagian Belanjawan & Perolehan, serta Pn. Fadzilah binti Abd. Ghani, Eksekutif Jualan & Pemasaran.
Perbincangan memfokuskan kepada potensi kerjasama dalam pembekalan barangan keperluan harian oleh MYDIN kepada TERAS, di samping meneroka peluang kolaborasi yang dapat memperkukuh rantaian bekalan serta memastikan pengurusan bekalan yang lebih cekap, mampan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat, mampan dan berimpak tinggi dalam merealisasikan agenda pembangunan ekonomi ummah serta kesejahteraan masyarakat.
733524189 969258922782500 2838283542837671460 n 1024x577

Comments are disabled.