784252589 1015833964791662 965455976463174854 n

Janda Baik, Pahang | 22 Ogos 2026 – Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) telah melaksanakan Kursus Motivasi Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi Daerah Petaling dan Klang bertempat di Al-Sakinah, Janda Baik, sebagai salah satu inisiatif dalam memperkasa potensi diri serta meningkatkan keupayaan usahawan asnaf dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dunia keusahawanan.
Kursus ini dikendalikan oleh En. Muhammad Riduan bin Abu Hasan dan En. Muhammad Hafizie bin Hasnan selaku tenaga pengajar yang memberikan pendedahan, bimbingan dan pengisian berkaitan motivasi, komunikasi serta pembangunan kemahiran keusahawanan kepada para peserta.
Pelaksanaan kursus ini memberi penekanan kepada empat objektif utama, iaitu meningkatkan keyakinan diri peserta, memupuk kemahiran komunikasi yang berkesan, mengaplikasikan nilai motivasi dalam konteks kehidupan dan keusahawanan serta meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif.
Melalui pengisian yang dilaksanakan, para peserta berpeluang membina keyakinan diri, memperkukuh kemahiran komunikasi serta meningkatkan keupayaan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan berkesan. Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada penerapan nilai motivasi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan pengurusan perniagaan.
TERAS komited untuk terus menyokong usaha pembangunan usahawan asnaf melalui pelaksanaan program yang berfokus kepada pembangunan kapasiti, peningkatan kemahiran dan pembentukan jati diri usahawan, agar mereka lebih yakin, berdaya tahan dan bersedia mengembangkan perniagaan secara mampan.
Melalui pelaksanaan kursus ini, TERAS berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan serta perniagaan, seterusnya menyumbang kepada peningkatan tahap kemandirian dan kesejahteraan ekonomi usahawan asnaf.
784119423 1015833898125002 1771104941534123187 n 576x1024
784019698 1015834054791653 7117196746487765440 n 576x1024
784697236 1015833931458332 6178467601592425187 n 576x1024

Comments are disabled.